SELAMAT DATANG KE BLOG SAINS SEKOLAH RENDAH
PENULIS
Royston Anak Jikin merupakan seorang guru opsyen Sains yang mengajar di Kapit, Sarawak. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Industri) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kemudian, beliau mengikuti pengajian dalam Diploma Pendidikan (Pengajian Sains) di bawah program Kursus Pengajian Lepas Ijazah (KPLI) di IPG Kampus Rajang pada tahun 2009. Pada tahun 2010, beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru di SK Ng Oyan, Kapit. Minat beliau yang mendalam dalam bidang sains dan pendidikan mendorong beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Sarjana Pendidikan Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun blog ini disediakan sebagai tugasan dalam subjek TEKNOLOGI Maklumat dalam Pendidikan di UKM, namun bahan-bahan yang disediakan boleh dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran buat guru-guru dan murid-murid sekolah rendah